Sunday, April 19, 2009

Award from Mr. Beliau, Nipi & Amin

Assalamualaikum,

buat pertama kalinya saya buat benda-benda gini... hehe... Beliau, Nipi dan Amin telah menganugerahkan Friendship Award - The Best Blogger kepada blog kesayangan ini. Moga anugerah ini menjadi satu indikator bahawa nukilan-nukilan yang tak seberapa ini memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah.

Jadi nak bagi pulak kat orang lain... hehe

1. Nipi - Sahabat dan jugak classmate dari form 4 sampai sekarang. almost 5 tahun tu. blog yang sempoi. maklumat yang pelbagai. antara source maklumat aku yang paling pantas.. huhu... hebat2. tauke topup yang mantap juga. So, nak bagi jugak walaupun dah byk dapat.

2. Luqman - Rumet Nipi. Blog dia 'lain daripada yang lain'. triger jugak la, kadang2 agak kontroversi. tapi kalau nak suh tulis buku sah2 tak lepas... hahaha.... xde seni. but anyway, gud job bro!

3. Beliau - kenal dia sejak dtg utp. mula2 ingt die ni serius orgnya tapi malangnya... sangkaanku meleset... hahaha... tapi blog die best jugak. sort of entertainment tatkala tension.. hehe

4. Faiq (Abe Chik) - Adik kandung yang sedang belajar di Maahad Tahfiz Sains Bachok. Walaupun baru berusia 13 tahun, ilmunya boleh dikatakan dah exceed abgnya... sampaikan nak belajar Arab pun abg die pinjam buku die.. adess.. tapi kalo nak menuntut ilmu buat apa nak malu kan? Suka jugak bile jumpa time cuti boleh bawak berbincang tentang soal agama dan tokoh-tokoh terkenal. Even rakan-rakan sebaya pun susah nak bawa berbincang soal-soal akhirat ni. malu la sikit kawan-kawan wei. hehe

5. Amin - Kenal sejak masuk UTP gak. otai LOG... haha.. die suke gune timangan aminbaek.. takdela baik sgt pun.. ngeh3... suke suruh orang diam... 'woi diam ah!!'... kalo nak tgk die, bukak je tingkap terus nampak die dgn Azfar.. hehe.. hobi: mengendap orang.. haha... tapi blog die best, byk bnde2 baru bleh blaja, simple and rileks... nah amik lagi satu! huhu

6. Hamzah - blog die best sbb byk cite psl agama... especially tntang tutttt.... CINTA.. hehe

7. Nieeyz - ex-schoolmate n jiran sekampung... hehe... blog die pun sgt best sbb byk info menarik plus cerita hidup die kat egypt. kite kat utp ni pun bile tgk dak egypt je, dah meluat gile... apatah lagi mereka ni yang belajar kat sana..

8. Irda - hmmm... xtau nak cakap apa... sbb kurg kenal sikit perempuan kat UTP ni. maklumlah, nak jaga hati.. haha.. all I can say, die ni sgt peramah sbb die selalu tegur walaupun kdg2 sy buat muka bodoh macam tak pernah kenal.. haha.. sori la.. segan sikit sebenarny.. blog die sgt warna-warni... sakit mata nak baca.. hehe... suke lawat blog die sbb colorful.. tu je, bukan sbb post die sbb agak susah nak baca.. hehe

9. Ijah - nukilannya membuatkan saya termenung sejenak.... hmmm... ya benar, ada hikmah wanita ni diberikan 9 emosi berbanding hanya satu emosi pada lelaki. very nice, bacalah especially kaum lelaki. highly recommended!

10. Anas Adnan - junior kat utp. orangnya sgt sempoi. blog die pun byk info-info agama. bacalah kawan-kawan. baru insaf ckit

My Bufday cake from 'kak'Aisah(1st time pggl kak.. haha).. TQ so much my TEC 2009 CNP committees.. CNP Rocks!








read more...

Saturday, April 4, 2009

2 Dekad Berlalu

Assalamualaikum,

Sukacitanya dan dengan rasa yang teramat bersyukur kepada Allah SWT dengan limpah kurnia-Nya diri ini masih dapat menikmati dan bersama-sama merentasi jalan yang Engkau kurniakan kepada para anbiya’, ulama’ dan syuhada’… Apakah ada nikmat yang lebih Mulia daripada nikmat Iman dan Islam? Bak kata Khalifah Rasyidun yang ke-2, Saidina Umar Al-Khattab ketika beliau bertandang ke Syam dengan pakaian yang sangat sederhana menyababkan beliau ditegur oleh sebahagian penduduknya. Maka Umar menjawab:

“Sesungguhnya kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka kita tidak mencari kemulian dengan selain Islam”

Mutiara kata ini menandakan sifat zuhud yang dimiliki Umar yang sangat jarang dapat kita lihat dikalangan para pemimpin kita pada hari ini ( Tuan Guru Nik Aziz menampakkan ciri-ciri sebegini) baik yang bergerak dalam Harakah Islamiyah dan apatah lagi para pemimpin korporat.

Tepat pukul 6.38 pagi 5 April 2009, genaplah usia ana sebagai pemuda yang berumur 20 tahun. Sudah 2 dekad rupanya Allah letakkan ana di bumi ini. Teringat pada catatan sejarah Islam tentang seorang tokoh penting Khilafah Uthmaniah iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh. Pada usia 20 tahun, baginda Sultan telah berjaya menakluk Constantinople dan membebaskannya daripada cengkaman raja Kristian yang kejam. Ia menepati sabda Rasulullah S.A.W iaitu:

“Sesungguhnya Constantinople akan dibebaskan oleh sultan yang baik dan rakyat yang baik.”

Betapa sebelumnya, ayah kepada Sultan ini iaitu Sultan Beyazid begitu resah memikirkan hadis ini memandangkan pada ketika itu baginda sudah memenangi terlampau banyak pertempuran. Namun, yang satu ini masih belum dalam cengkaman walaupun setelah berpuluh-puluh cubaan. Sehinggalah, seorang ulama’ telah menyatakan firasatnya bahawa anak kepada Sultan Beyazid bakal memenuhi hadis tersebut. Justeru, dididiknya dengan segala macam ilmu dari ilmu agama sehinggalah kepada ilmu perang.

Sultan Muhammad Al-Fateh

Pada usia 16 tahun, Sultan Muhammad sudah mampu memerintah sebuah khilafah agung dan mengetuai beberapa siri perang menentang musuh-musuh Allah. Sehingga tiba masa untuk menakluk Constantinople, baginda mengalami ujian yang cukup getir dengan terpaksa mengepung kota itu berbulan lamanya kerana tiada jalan untuk memasukinya. Kapal-kapal perang pula tidak boleh melepasi Golden Horn. Tatkala, umat Islam dalam keadaan lemah dan hampir berundur, Allah telah mengilhamkan baginda satu idea yang amat futuristik dan cukup dikagumi oleh para sejarawan sehinggalah ke hari ini. Baginda telah mengarahkan tentera-tenteranya untuk mengalihkan kapal-kapal perang mengikut jalan darat dalam hanya satu malam! Subhanallah, strategi sebegini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara pun pada ketika itu menyebabkan kerajaan Byzantine terlalai dan mengakibatkan kekalahan yang amat memalukan kepada Byzantine. Kemenangan besar dan bermakna buat Islam.

Nah! Lihatlah betapa hebatnya Sultan Muhammad Al-Fateh yang tidak pernah meninggalkan qiamullail sejak dari baligh. Ya Allah, betapa rendahnya martabat diri ini. Man ana? Siapakah ana pada usia 20 tahun ini? Masih lagi seorang remaja yang merangkak untuk mengenali dunia. Ya, mungkin sudah boleh dianggap ‘berlari’. Bagi mengatakan sudah sampai di destinasinya itu, masih diragukan. Cuma ana berpegang pada ayat Al-Quran yang bermaksud:

“Tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaku” (Al-Zariyat: 56)

Bagaimanapun, usia ini menandakan satu permulaan kepada perjalanan yang penuh getir. Bagi kebanyakan anak Melayu zaman bapa-bapa kita dahulu, usia ini menandakan permulaan memikul tanggung jawab membantu keluarga. Bagaimana dengan generasi kita? Mungkin usia ini, kita hanya memikirkan keseronokan nikmat hidup di universiti ataupun rasa ingin berjoli bersama kekasih masing-masing. Lumrah hidup muda-mudi hari ini.


Selama 2 dekad ini, ana telah mengalami beberapa evolusi identiti dari seorang anak manja, kepada budak nakal, seterusnya kepada seorang nerd, ‘politikus’ muda dan akhir sekali yang terkini sebagai seorang aktivis agama, InsyaAllah. Ternyata, hidup dengan perjuangan menegakkan kalimah La ila ha illallah merupakan nikmat yang paling membahagiakan.

Wishlist bagi dekad ketiga kehidupan:
1. Intima' dengan gerakan Islam terkemuka Malaysia.
2. Menguasai Bahasa Arab dengan baik
3. Mendirikan rumah tangga bahagia bersama isteri yang memahami perjuangan.
4. Memelihara dan mendidik anak-anak menjadi insan soleh dan solehah.
5. Meneruskan pembelajaran diperingkat Master dan Ph.D.
6. Mati dalam keadaan sedang berjihad (syahid).

Moga-moga, usia ini akan mematangkan lagi diri dan menyemarakkan lagi usaha untuk menegakkan syiar Islam bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain. Insyaallah. Doakan saya rakan-rakan sekalian. Istiqamah dalam perjuangan sampai mati.

Sekian, Selamat Hari Lahir buat diri ini dan terima kasih kepada Abah dan Umi(walaupun saya tahu mereka tak akan bukak blog ni) yang menjadi penyokong dan pendokong istimewa dari dulu hingga kini. Kepada adik-adik, Faqih, Faiq dan Farah, maaf atas segala kelemahan diri dan terima kasih atas sokongan. Kepada para sahabat dan sahabiat, terima kasih kerana sanggup menerima diri ini seadanya dan membantu dalam segala hal. Doakan kejayaan ana dunia akhirat.

19 tahun yang lalu di Serdang, Selangor.


Kini, Kota Bharu, Kelantan

P/S: Thanks kepada nipi sebab plg awal wish semalam eventhough awal 6 jam.. haha

read more...