Saturday, January 2, 2010

Bas Dua Tingkat 1
















Assalamualaikum,

Pernah naik bas Double-decker? Mungkin telah menjadi trauma kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menaiki bas Double-decker selepas kemalangan ngeri Bas Sani Ekspres tempoh hari. Kebetulan pula bas saya baru sahaja melepasi kawasan kemalangan beberapa jam sebelum kemalangan berlaku. Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur walaupun saya antara pengguna tetap bas ekspres beberapa tahun kebelakangan ini. Sebelum ini, saya tak pernah menaiki bas double-decker. Jadi saya tak berapa tahu keadaan sebenar sebuah bas dua tingkat sebagaimana yang digembar-gemburkan orang ramai. Antara ‘gosip’ yang tersebar ialah bas double-decker lebih kuat gegarannya, kurang stabil dan sebagainya. Bagi mengetahui keadaan sebenar, saya dengan ‘gila hati’nya mencuba bas tersebut. Ikuti rentetan kisah perjalanan yang mendebarkan ini:

Bukan Bas Dua Tingkat

Sehari selepas tiba di rumah, saya pergi ke Terminal Langgar untuk membeli tiket pulang ke Lumut pada 2/1/10. Namun, malang tidak berbau, tiket habis sehingga 6/2/10. Saya pun pulang ke rumah dengan duka dan kecewa. Walau bagaimanapun, ia tidak lama. Buat apa lama-lama, nanti satu kerja pun tak jalan. Jadi, dengan penuh motivasi, saya mencari maklumat di internet untuk merancang plan B, C, D, E dan seterusnya agar dapat pulang ke UTP tepat pada masanya. Lalu jalan terbaik mampu difikirkan ialah pergi ke KL dan ambil bas ke Lumut dari KL. Maka kerja gila ini bermula.

Keesokan harinya, saya ke Terminal Langgar kembali untuk membeli tiket ke KL pada 1/1/10 dan tiket KL-Lumut untuk pada hari seterusnya. Memang saya tahu itu tiket bas dua tingkat tetapi sengaja saya mem’bodoh’kan diri untuk bertanya si penjual tiket.

“Kak, ni tiket bah duo tikak ko?”

“Kelih tiket meta.” Akak itu menjawab.

“Buke nih, kelas ekonomi bah setikak.” Dia menyambung.

(Monolog)

“Kak, sayo pum cerdik jugok.. belajar utp bena.. takut godio naik bah duo tikak.. rilek ar kak.. nok nipu bakpo?”

(sambungan monolog)

“muahahahaha….”

Maka harinya pun tiba. Tak sangka pulak saya bakal memulakan tahun 2010 dengan perjalanan yang agak kurang siuman ini. Berjalan di KL keseorangan tanpa teman (nanti mati pun takde teman jugak). Sebenarnya, saya ada satu hajat yang dah lama dipendam. Saya nak cari buku The Prince by Niccolo Machiavelli di Kinokuniya KLCC. Dah lama cari tapi tak jumpa, bukan senang nak jumpa buku ni. Jadi, setelah bersalam dan cium tangan umi dan abah, nah! Saya naik bas double-decker dan duduk di kerusi tingkat atas, betul-betul di tepi tangga.

(Monolog lagi)

“Kak tiket mano kak tiket? Hehe.”

Maka perjalanan kurang siuman ini bermula.

To be continued - Sakit belakang


Faris Al-Muhandisu: Kalo dop pehe Kelate, mitop soghe translate.. hehe



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

5 comments: on "Bas Dua Tingkat 1"

Irda Z. said...

“Kak, ni tiket bah duo tikak ko?”

=> kak, ni tiket bas dua tingkat ke?

“Kelih tiket meta.”

=> meh nak tengok tiket jap

“Buke nih, kelas ekonomi bah setikak.”

=> eh taklah, ni kelas ekonomi, bas satu tingkat

(Monolog)

“Kak, sayo pum cerdik jugok.. belajar utp bena.. takut godio naik bah duo tikak.. rilek ar kak.. nok nipu bakpo?”

=> kak, sy pun cerdik gak, belajar kt UTP lg. nak takut ape naik bas dua tingkat. relax la kak. kenape nak tipu?


secara sukarela :D

nifi a.k.a beliamuda said...

aik? aku ingat mung oyak naik bas setikak. haha. akak tu pun parok juge. buleh gi nipu. :P

Fareast Al Muhandisu said...

strategi oghe nego... standard ah.. haha

nifi a.k.a beliamuda said...

kalau kantoi depe muke, dop panda mana la nok nego gitu.. haha..

Post a Comment