Sakit belakang
Bas bertolak tepat pada pukul 9.50 malam (berpandukan jam tangan saya) walaupun pada jadual asal, ia sepatutnya bertolak pada pukul 9.30 malam. Jadi saya perhatikan jam digital yang diletakkan di bahagian depan bas. Biasalah orang Melayu, ketika jam tangan saya menunjukkan pukul 9.30 malam, jam di depan 9.20 malam. Jadi, mungkin jam saya cepat 10 minit. Maknanya, bagi mereka, bas bertolak lewat 10 minit. Isunya di sini, kalau beginilah tahap pengangkutan awam di Malaysia sekarang, bagaimana rakyat boleh bergantung harap kepada mereka dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya? Hidup masa kini sangat pantas. Lewat 10 minit, berapa ribu syarikat boleh rugi dan berapa ramai manusia boleh mati. Kita sudah menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan pengangkutan awam (itu pun sebab terpaksa!). Lalu bagaimana di pihak mereka?
Bas dua tingkat memang agak sempit berbanding bas biasa. Ia juga lebih rendah berbanding bas biasa. Jadi, benarlah gosip yang digembar-gemburkan. Sempitnya tempat duduk sehingga kita tidak boleh menolak kerusi sedikit ke belakang atau sekiranya ditolak akan menyempitkan lagi orang di belakang menyebabkan saya terpaksa duduk dalam keadaan tegak selama hampir 9 jam. Tapi pak cik di depanku dengan selamba badaknya melakukan sedemikian tanpa ada sedikit pun sifat empati. Laluan tengah antara kerusi juga sangat sempit menyebabkan saya yang berada sebelah dengan seorang wanita bertudung labuh dan nampak thiqoh segan untuk tidur kerana bimbang akan terlena di atas bahunya. Nyaris kepala saya di atas kepalanya kerana terlena seketika sahaja dan kebetulan dia pun terlena. Alhamdulillah, Allah melindungi kami.
Kerusi Double pula tiada pemisah dan menyebabkan anda amat susah untuk bergerak-gerak apatah lagi jika perempuan duduk di sebelah. Gegarannya pula lebih kuat memandangkan saya berada di tingkat atas. Itu logiklah memandangkan circumference distance yang lebih panjang pada kedudukan yang lebih tinggi. Ditambah pula dengan jalan Gua Musang-KL yang penuh lubang. Jadi perjalanan saya amat menyeksakan dan menyakitkan belakang kerana terpaksa duduk dengan tegak dan tanpa tidur selama 9 jam. Kalaulah perempuan di sebelah itu memakai pakaian yang kurang sopan, mungkin saya tidur je kerana tak sanggup melihat pemandangan yang penuh noda. Lantaklah terjatuh atas riba pun, bukan disengajakan.
Tepat pukul 6.10 pagi, tibalah saya di Hentian Putra. Tak sangka pulak pagi-pagi buta dah penuh orang di stesen bas berhampiran PWTC tersebut. Kedai-kedai makan di sekitar pun sudah mula beroperasi. Selesai solat Subuh, segera saya melangkah ke stesen LRT PWTC.

To be continued - KLCC
Faris Al-Muhandisu: Apa perasaan anda bila duduk di sebelah perempuan dalam bas? adeh.. banyak kali berlaku.. ya Allah, peliharalah imanku.. amin
9 comments: on "Bas Dua Tingkat 2"
dah lama tak duduk sebelah perempuan dalam bas. hehe. kalau naik bas trans lumut, selalu amik seat yang single (bas 2+1). kalau dua orang, duk ngan partner laki la.
macam mana ya perasaan kalau duk sebelah perempuan dalam bas? :P
perempuan tu mesti rasa leceh, x selamat, rimas, takut, segan, malu.ad apa2 tambahan?
eh,ko naik bas apa faris??
aku pernah naik bas 2tingkat..
skali je a
AB xpress..
luas n selesa je aku rasa..
dok atas gak
kesian pempuan tu,,turut bersimpati.
btw,some tips when u get partner (differ sex )in bus.
-- tanya la sape2 yang sama nasib lam bas tu,,so mintak tukar,,cakap politely la.. sy pernah cuba,so then,, selesa la sket nak duk berjam2 lam bas..hehe.
selamat mencuba nex time =)
amin: transnasional.. =).. ntah, saiz badan ku naik kot.. haha
has: Kat sy x kesian ke? huhu.... mlg skali x pernah ada org yg senasib.. :( ... kalo ada of coz la mntk, bknnya kite 'seronok' jd gitu.. haha
ni bila nak continue?? =P
nnti ada masa =), agak bz skrg ni..
awat delete comment.. xbest r
sbb nak comment baru,,delete la yang lama,,
kwang3..kang bedebar plak banyak2 komen.hehe
~~kepoyoan berlaku.ngee~~
=D
Post a Comment