Monday, March 10, 2008

Politics Tsunami in Malaysia

Assalamualaikum....

Well, this time I just wanna put my post in my MRSM PC Friendster Group's discussion on M'sia general election result. Quite happy because we will see a new Malaysia after this(Hope so). Quite sad too because Datuk Hasbullah Isa(Pak Lah's Politic Secretary), which is my relative, lose in DUN Jenering, Kedah(eventhough he is BN candidate.. hehe)

lets see.....

Alhamdulillah.. Very Happy Very Happy Very Happy

Buat pertama kaliny sejak 1969 BN gagal mndpt majoriti 2/3 kerusi parlimen.. itu seharusny mnjadi pengajaran kpd BN utk mengubah dasar 'tidak rasmi'ny yg dipengaruhi unsur money politics, nepotisme n kronisme...

Analisa beberapa penganalisis politik negara mahupun luar negara menunjukkan antara faktor utama yg menjadi punca kekalahan BN ialah kesilapan strategi BN dalam mengaturkan calon-calonnya utk bertanding di tempat2 tertentu selain isu kenaikan harga barang, pendidikan, subsidi petroleum, integriti dan sebagainya. Hal ini menyebabkan berlaku beberapa siri tunjuk perasaan seperti yg berlaku di Terengganu n Selangor baru2 ini. Secara tidak langsung menyebabkan penyokong2 setia BN telah berpaling tadah kepada pihak pembangkang yang diterjemahkan melalui undi. Itulah harga yg harus dibayar oleh BN apabila pemilihan calon pun dipengaruhi unsur2 yg disebutkan di atas.

Kegagalan BN dalam mempertahankan kuasanya di Kedah(PAS n PKR), Penang(DAP n PKR), Perak(DAP, PKR n PAS) dan Selangor(PKR, DAP n PAS) memberi tamparan hebat kepada parti pimpinan Pak Lah sehinggakan ada pihak yg menggesanya utk meletakkan jawatan termasuklah Tun Dr. Mahathir s'diri. Hal ini bermakna Pihak pembangkang menguasai hampir separuh negeri2 di M'sia. Plus, they possess 2 most important industrial state in M'sia, which are Penang n S'gor(Even in KL, only 2 parliamentary seats won by BN). Hal ini memungkinkan pihak pembangkang utk menguasai sebahagian besar ekonomi negara sekurang-kurangnya utk masa terdekat. Maknanya, pihak pembangkang berpeluang utk meluaskan pengaruhnya secara agresif dan mampu mengancam kedudukan BN yg telah memerintah M'sia sejak merdeka lagi. Itupun kalau pihak pembangkang dapat melaksanakan tugasnya dengan baik dan lancarlah.

PKR dilihat mampu meREFORMASIkan ekonomi, pendidikan dan media arus perdana dgn kedudukannya di negeri termaju di Malaysia. Sekaligus merealisasikan manifestonya baru2 ini. sejak pilihanraya tamat, media arus perdana semakin berani menyentuh isu berkaitan kelemahan kerajaan BN walaupun masih terdapat sedikit tapisan. Bagaimanapun sedikit kekecohan berlaku apabila pejabat menteri besar S'gor ditutup semalam n pihak PKR tidak dibenarkan utk memasukiny. Ini menimbulkan persoalan tentang integriti dan ketelusan pihak BN.

PAS pula dijangka akan meneruskan visi dan misi asalnya di Kelantan dan beberapa pembaharuan yg dijanjikan dalam manifestonya. Di Kedah pula, media melaporkan MB Kedah yg baru, En. Azizan akan mengenakan cas air terhadap Perlis dan Penang sebagai sumber dana pembangunan negeri di samping menutup pusat2 hiburan, kedai arak n menghalang segala bentuk maksiat yg lain. Walau bagaimanapun, PAS tetap akan mengambil pandangan non muslim dan tidak akan menghalang segala hal yg dihalalkan dalam agama mereka walaupun diharamkan dalam Islam(perkara haram dalam islam tetap akan dihalang bagi umat islam utk menyertai) . Jadi mereka akan melantik 2 exco non muslim utk membantu kerajaan. Namun begitu, Berita Harian arini melaporkan PAS telah menutup 59 TABIKA di Kedah tanpa sebab. PAS menafikan dakwaan tersebut malah mengarahkan supaya sistem prasekolah tersebut dikekalkan. nampaknya ada pihak yg cuba mengganggu keharmonian Kedah. Shocked

Bagi BN pula, mereka hanya mampu menguasai negeri2 miskin seperti Sabah, Sarawak, Terengganu dan Pahang(jgn marah yek, ni berdasarkan statistik bilangan kemiskinan tegar yg dibentangkan PM dlm Parlimen pd September 2007). Even Johor pun bukanlah lg kubu kuat BN setelah sebahagian kecil kerusi DUN dimenangi pembangkang. utk komen yg lebih lanjut, kene tunggu press statement PM r.. haha

So, overall, our people getting more matured in establishing democracy. Laungan 'hidup BN' tidak lg relevan dgn politik semasa, sebaliknya laungan 'Allahuakbar', 'Reformasi' n 'Makkal Sakthi' yang menjadi wadah perjuangan rakyat. Tak kiralah yg berserban ke, rambut pnjg ke, botak ke, kulit gelap ke, kulit cerah ke, kulit sawo matang ke sama2 berkongsi hasrat.

Papepun, jgnlah kite berdendam dgn mana2 pihak. lihatlah keputusan ini dari sudut positif. Dgn wujudnya 'check n balance'yg bersuara besar dalam parlimen, kerajaan pastinya tidak akan sesuka hati menggubal dasar negara. Diramalkan akan berlaku sedikit perubahan dlm beberapa dasar. Diharapkan pihak kerajaan mahupun pembangkang dapat bekerjasama dan bersatu hati dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat seluruhnya...

salam reformasi.. Laughing Laughing Shocked

That's all, Thanx!!....

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Politics Tsunami in Malaysia"

Post a Comment