Thursday, December 11, 2008

Rezeki Aidiladha

Ini gambar keluarga besar kami ketika hari raya Aidiladha 2008, 8/12/2008, Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan



Duduk di atas kerusi 2 dari kanan ialah Prof Dr. Aini Idris, iaitu mak saudaraku.



Jadi, apa yang signifikan sangat dengan dia?



Sila baca keratan akhbar di bawah:

Ketua Setiausaha KDN ketuai penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor

SHAH ALAM, 10 Dis — Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengetuai senarai 95 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan ke-63 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok.

Abdul Aziz menerima Darjah Kelas Pertama — Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran “Datuk Seri”. Istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang.

Turut menerima darjah kebesaran SPMS ialah bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana (B) Tan Sri K.Thanabalasingam.

Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Low Siew Moi dan penerbit serta pengarah filem Shuhaimi Baba, pula masing-masing menerima darjah kebesaran Datuk Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran “Datuk” bagi penerima lelaki dan “Datin Paduka” bagi penerima wanita.

Bagi Darjah Kebesaran Datuk Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) yang membawa gelaran “Datuk Setia”, penerimanya ialah Ahli Dewan Diraja Selangor, Datuk Abdul Halim Abdul Rauf yang juga bekas setiausaha kerajaan negeri Selangor dan bekas ketua pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

Seramai 11 penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran “Datuk” bagi lelaki dan “Datin Paduka” bagi wanita, iaitu kerabat Diraja Selangor Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, Duta Besar Malaysia ke Equador dan Colombia Datin Rashidah Ramli dan Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Profesor Emeritus Siti Zurina Abdul Majid.

Tujuh lagi penerima DPMS ialah Ketua Staf merangkap Panglima Pendidikan dan Latihan, Markas Pendidikan dan Latihan TLDM Laksamana Muda Musa Omar, Dekan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Abang Abdullah Abang Mohamed Ali, Pengarah Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Yap Kin Sian, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor Abd Nasir Hassan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Zainal Abidin Azim, Pegawai Daerah Petaling Zulkepli Ahmad dan Pengarah Urusan Satay Kajang Haji Samuri Sdn Bhd, Samuri Juraimi.

Bagi penerima DSIS, selain Low dan Shuhaimi, sembilan lagi penerima bagi darjah kebesaran itu ialah bekas Timbalan Pendakwa Raya yang kini seorang peguam Salehuddin Saidin, Orang Besar Daerah Hulu Selangor Aman Shah Mohd Shahar, Dang Seri Puri, Raja Marthiah Raja Amran yang telah berkhidmat di istana selama 40 tahun dan Asisten Ketua Staf Bahagian Komunikasi dan Elektronik, Markas Angkatan Tentera, TLDM, Laksamana Pertama Nasaruddin Othman.

Turut tersenarai ialah Pengerusi Sarmid Holdings Malaysia Sdn Bhd Datuk Sarip Hamid, Pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr Hailani Muji Tahir, Brigedier Operasi, Markas Angkatan Bersama, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Angkatan Tentera Malaysia Brigedier Jeneral Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr Aini Ideris dan pakar bedah surgeri Ortopedik, Pusat Perubatan Subang Jaya Dr Anuar Onah.

Seramai 14 orang pula menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS) iaitu Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia Datin Dr Nooral Zeila Junid, Hakim Kanan Mahkamah Sesyen, Mahkamah Sesyen/Majistret Shah Alam M.Gunalan, Pengarah Penilaian Selangor, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Selangor Dr Rahah Ismail, Ketua Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Muhammad Arif Mohd. Hashim, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Kontinjen Selangor, Polis Diraja Malaysia ACP Omar Mammah dan Bendahari Negeri Selangor, Pejabat Perbendaharaan Selangor Saat Esa.

Turut tersenarai ialah Pegawai Daerah Hulu Selangor Nor Hisham Ahmad Dahlan, Pegawai Daerah Kuala Selangor Mohd Misri Idris, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Aluwi Parman, Penolong Kanan Pesuruhjaya II, Badan Pencegahan Rasuah Selangor (BPR) Hishamuddin Hashim, Pengarah Operasi, Cawangan Operasi dan Latihan Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan Kolonel Mohd Azmi Borhan, Ketua Pengarah Hidrografi, Pusat Hidrografi Nasional, TLDM, Kapten Sahak Omar, Pengarah Hidrografi, Pusat Hidrografi Nasional, TLDM, Kapten Zaaim Hassan dan Pegawai Memerintah Merangkap Pegawai Kanan Armada, TLDM, Kapten N.Ganesh.

Pemain boling negara Shalin Zulkifli pula menerima darjah kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) dan Pengarah Jabatan Penerangan Selangor Saptuyah Senson menerima darjah kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS).

Selain Shalin dan Saptuyah, seramai 11 orang menerima darjah kebesaran SIS, 18 orang menerima darjah kebesaran AMS, 18 lagi menerima darjah kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS) dan tujuh dianugerah Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC). - Bernama.

Untuk artikel asal, sila klik di sini

Bangga mempunyai ahli keluarga yang amat berjaya dalam bidang akademik. Aku berazam untuk menjadi sebegitu malah lebih hebat agar dapat ku sumbangkan sesuatu terhadap terhadap pembangunan umat Islam tercinta. InsyaAllah!



"... dan Dia menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan... " (Al-Hadid: 28)



"... hamba-hamba Allah yang takut kepadaNya hanyalah orang-orang yang berilmu... " (Al-Fathir: 28)




"Orang yang cerdik adalah orang yang mampu mengendalikan hawa nafsunya dan berbuat untuk kehidupan selepas mati, sedang orang yang bodoh ialah orang yang memperturutkan hawa nafsunya dan banyak berangan-angan yang bukan-bukan kepada Allah" (Al-Hadith)






Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Rezeki Aidiladha"

Post a Comment