Wednesday, December 31, 2008

Perspektif 2008: Demi Masa

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.” (Al Asr: 1-3)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi, tirai 2008 bakal dilabuhkan. Pentas 2009 menantikan persembahan baru yang pastinya tidak pernah sepi dari mehnah yang menggunung tinggi. Sejenak meniti tirai 2008 yang penuh suka dan duka, tawa dan airmata, ceria dan nestapa. Segalanya diadun menjadi rempah yang enak untuk memberi rasa kepada sebuah perjalanan yang bernama kehidupan. Maka alam maya pun pasti tersenyum dengan keindahan warna sebuah kehidupan yang dicipta oleh tuhan rabbul alamin.

Wajibnya kita selaku hamba Allah bersyukur atas dua kurniaanNya yang tidak terbanding iaitu Iman dan Islam. Sia-sialah 20 tahun kehidupan tanpa kedua-duanya. 100 tahun yang dilimpahi kejayaan bersifat material tetapi kosong Iman dan Islam pasti juga tiada guna.

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-An‘am: 153)

Jangan dilupakan pada sifat Ikhlas iaitu meniatkan setiap kata, tindakan dan jihad yang dilakukan hanya untuk Allah, mencari keredaan dan ganjaranNya tanpa mengharapkan harta atau kemasyhuran atau kedudukan atau pangkat atau kemajuan atau kemunduran. Sungguh, tanpa ikhlas, segala amal kita umpama air yang mengalir pada dedaunan. Maka celakalah mereka yang mengharapkan selain daripada Allah.

“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan.” (Al-An‘am: 162-163)

Tahun 2008 menyaksikan kebangkitan semangat bagi diriku setelah usiaku yang punah hancur atas matlamat yang sia-sia. Syukur kepada Allah atas petunjuk yang diberikan. Tidak lain dan tidak bukan mukjizat Al-Quranul Karim. Tatkala aku keliru, Allah menurunkan ilham buatku melalui beberapa ayat yang aku teliti tidak lama dahulu.

Pada awal tahun, aku telah meletakkan beberapa target sebagai Key Performance Indicator (KPI) untuk menentukan tahap kemajuan diriku. Out of 8 items, I’d just fulfilled 4 of them. Bermakna, aku tidak memenuhi standard yang aku tetapkan sendiri. Walau bagaimanapun, aku sebenarnya telah memenuhi beberapa items yang aku letakkan sebagai indicator untuk tahun-tahun seterusnya. Tahniah buatku. Hehe. Mungkin kena rombak balik KPI ni. Kebanyakan item yang tak berjaya dipenuhi itu adalah berkaitan dengan berat badan dan kesihatan sebenarnya. Haha.

Dari segi gerak kerja dakwah, Alhamdulillah, walaupun masih merangkak-rangkak, sekurang-kurangnya ada insan yang mahu menarik diriku yang hampir tergelincir daripada perjuangan harakah Islamiyyah. Sungguh, tiada detik yang lebih berharga sepanjang hidupku melainkan saat aku mula berintima’ dengan perjuangan gerakan Islamiyyah yang merupakan salah satu tuntutan syahadah. Alhamdulillah.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Seseorang muslim dengan seorang muslim yang lain laksana satu bangunan yang tersusun, saling kuat-menguatkan di antara satu sama lain". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda baginda lagi: "Tangan (atau pertolongan) Allah itu bersama jemaah. Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpisah (dari kumpulannya)". (Abu Daud meriwayatkan hadith seperti ini.)

Sabdanya lagi: "Kamu wajib bersama jemaah muslimin dan Iman (pemimpin) mereka". (Hadith sebahagian riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari sudut pandang akademik pula, Alhamdulillah. CGPA yang baik namun masih boleh dipertingkatkan lagi. Harap Allah kurniakan daku kekuatan untuk terus meningkatkan prestasi akademik demi kemaslahatan dakwah. Jangan sesekali kita pisahkan akademik dengan dakwah kerana sesungguhnya ia sudah menjadi kefarduan buat kita yang dari awal menerima tanggungjawab ini. Sebelum kita memilih bidang kejuruteraan ini, memanglah hukumnya fardu kifayah. Tetapi sekarang, hukumnya ialah fardu ain kerana telah terpikul tanggungjawab membangunkan ummah. Justeru, cemerlang dalam akademik bukanlah satu pilihan. Sematkan itu dalam minda wahai para pejuang Islam sekalian.

Aku melihat diriku bukan sebagai seorang pemimpin yang penuh hikmah (leader with wisdom) tetapi lebih kepada pakar dengan pengetahuan dan kemahiran (expertise with skill and knowledge). Hal ini kerana aku lebih cenderung kepada perkara-perkara teknikal berbanding keputusan yang bersifat siasah (politically-motivated). Justeru, maaf sahabat-sahabat sekiranya aku banyak menolak pelawaan kalian. Kepimpinan merupakan satu taklifan yang amat berat. Dan aku tahu sejauh mana kemampuanku lebih daripada kalian. Malang sekali sahabat-sahabat sekalian menilaiku hanya dari zahir. Justeru tidak mungkin kalian kenal benar dengan diriku. Aku mahu seboleh-bolehnya dengan kehadiranku, orang di sekitarku selesa dan senang. Yang paling penting, kemaslahatan dakwah dapat dijaga. Jadi, harapanku agar kelebihan kurniaan Allah ini dapat digunakan sebaiknya dalam perjuangan dan keburukanku dapat diperbaiki serta tidak menjejaskan usaha dakwah.

Tahun 2008 juga menyaksikan diriku banyak mengkaji tentang falsafah Al-Ghazali melalui beberapa karyanya serta sejarah konflik Palestin. Namun begitu, tak banyak yang boleh aku ceritakan kerana masih di peringkat permulaan. InsyaAllah, sedikit sebanyak pengetahuan itu akan dikongsi bersama melalui pelbagai medium termasuklah blog ini.

"Barang siapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka". (Hadith riwayat al-Baihaqi dalam “Shuab al-Iman”, at-Tabari, Abu Nua’im dalam “Hilyah” dan al- Hakim.)

Dengan itu, warkah ini diakhiri dengan ucapan Kullu ‘aam wa antum bil khair. Wallahu’alam.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

4 comments: on "Perspektif 2008: Demi Masa"

nifi a.k.a beliamuda said...

"Sebelum kita memilih bidang kejuruteraan ini, memanglah hukumnya fardu kifayah. Tetapi sekarang, hukumnya ialah fardu ain kerana telah terpikul tanggungjawab membangunkan ummah."

masih ingat lagi kata2 ini...

tengku Anis said...

i remembered when i went to a 'bengkel menulis', the usage of 'aku' is not favorable.

'aku' macam terlalu keakuan. how to explain this eh. 'aku' ni macam riak (in a way that i'm not saying u r one), terlalu pada diri sendiri.


hoho. serius xboleh nk explain by words.

FaReAsT AL-MuHAnDIsU said...

o.i.c.... x pernah tau pun... hehe.. i thought it brings the sense of nostalgic.. but of coz I'd never been in any sort of bengkel menulis... soriiii...

NajaTikaH said...

yep.tak pnah join bengkel menulis jugak.

tapi bg sy,penggunaan 'aku' lebih menusuk.

tak bermaksud nak tunjuk sifat 'keakuan' pon.

Post a Comment