Menutup aurat membuka kewanitaan dan kemuliaan. Sebagai contoh, R. Stevenson menulis dalam Toronto Star bertarikh 23 januari 2002 berhubung dengan etika pemakaian wanita Islam. Beliau berkata, “Ketika saya dan akan-rakan sedang makan malam di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan 3 orang wanita muda. Tiba-tiba dua orang wanita Islam masuk dengan pakaian yang agak konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesame sendiri berhubung kedua-dua wanita Islam itu, ‘Mengapa mereka berpakaian seperti itu? Saya bersimpati dengan mereka!’ Ketiga-tiga wanita(barat) itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka didedahkan secara yang mengghairahkan.
Kami mengalihkan pandangan kami kepada kedua-dua wanita Islam tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yag bersopan-santun. Gaya mereka Nampak asli. Pakaian mereka walaupun konservatif, menampakkan kewanitaan yang indah. Berpakaian secara sopan menakutkan wanita barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak bagi menunjuk-nunjuk? Selepas kami berbincang mengenai isu ini, kami merumuskan wanita-wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet bagi menarik perhatian kaum lelaki ataupun wanita. Kami mendapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik sekiranya dibandingkan dengan ketiga-tiga wanita barat tadi.
Penonjolan seks dalam masyarakat kita sudah menjadi suatu budaya arus perdana sehingga kita menganggap adab dan sopan-santun suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabila kaum lelaki melihat secara lebih jauh (mengatasi seluar ketat dan tumit tinggi), mereka akan menyedari perasaan terdesak bagi mendapat perhatianlah yang menyebabkan wanita-wanita barat begitu ghairah dengan fesyen. Wanita yang mementingkan adab dan kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini. Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki. Ingatlah ini apabila anda bersimpati dengan wanita-wanita Islam”
Source:
Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains
Dr. Danial Zainal Abidin
M.B.Ch.B, Universiti Alexandria
0 comments: on "Aurat dan Kemuliaan"
Post a Comment