Assalamualaikum, salam siasah...
baru sebentar tadi ana mengikuti siaran rancangan Hujah di TV9 dengan tajuk 'Budaya Politik Kelantan'. Siaran kali ini menampilkan 2 orang ahli panel yang bukan orang Kelantan iaitu YB Dato' Sri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang dan YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam. Seperti biasa, moderator Hujah ialah Prof. Madya Mohd. Agus Yussoff, Pensyarah Sains Politik UKM yang begitu pekat loghat Kelantannya.
Prof. Madya Agus
Sebagaimana biasa, pelbagai idea kelakar yang dilontarkan oleh Dato' Sri Adnan terhadap orang Kelantan sama seperti orang dari negeri lain yang tidak arif tentang rakyat Kelantan. Antaranya ialah apabila beliau ditanya tentang pencerahan politik yang dialami rakyat Kelantan, beliau dengan nada sinis mengatakan rakyat Kelantan hanya berminat mendengar ceramah-ceramah politik disulami dengan unsur keagamaan dan hanya mengharapkan ganjaran selepas mati yang dijamin oleh PAS. Kenyataan ini membuatkan kami sekeluarga bersama YB Khalid di sebelah beliau tergelak besar.Tidak disangka-sangka seorang Menteri Besar boleh mengeluarkan kenyataan sedangkal ini. Seolah-olah kami Rakyat Kelantan begitu jumud untuk ke arah satu ekstrim yang bertentangan dengan ekstrim UMNO. Ketahuilah PAS itu hanya kulit sebagaimana kata Tuan Guru Datuk Nik Aziz. Yang lebih penting adalah isinya iaitu Islam. Islam itulah yang membawa keseimbangan antara pembangunan jiwa dan material. Menolak material bermakna menolak Islam juga. Jelas jiwa sekularisme membius minda Dato' Sri Adnan. Kelantan pernah berada di bawah BN. Rakyat Kelantan juga boleh menolak PAS dengan mudah sekiranya mereka beralih arah perjuangan.
Beliau juga dengan angkuh menyatakan bahawa BN mempunyai peluang besar untuk merampas Kelantan sekiranya Datuk Nik Aziz sudah tiada.Satu lagi kenyataan bersifat utopia oleh beliau. Ya, itu mungkin sekiranya tiada pemimpin yang berkebolehan dari PAS Kelantan. Tapi PAS Kelantan masih belum miskin pemimpin yang hebat dan berkemampuan.
Sebagai rakyat Kelantan, ana agak berkecil hati terhadap tanggapan negatif oleh kebanyakan non-Kelantanese terhadap negeri Cik Siti Wan Kembang. Antara yang paling kerap diperkatakan ialah keterikatan rakyatnya dengan sifat Primodialisme atau kedaerahan. Rakyatnya juga dikatakan mundur dari aspek pembangunan.
Kenapa? Adakah kerana mereka asyik bertutur dengan loghat Kelantan? Kurang pembangunan? Tiada bangunan-bangunan pencakar langit yang tinggi? Tidak boleh menerima orang bukan Kelantan? Tiada disko? Tiada arak? Parti pemerintah berbeza?
Pandangan sebegini hanya timbul daripada pemerhati-pemerhati luar yang tidak pernah melihat sendiri negeri Kelantan. Adakah bercakap dengan loghat Kelantan ni jumud sangat? Bagaimana pula dengan orang Kedah? Come on la... tidak semestinya kerap kecek Kelate tu indikator semangat kedaerahan yang tebal. Bergaul dahulu baru tahu. Tiada pembangunan? KB Mall tu adalah supermarket yang mencatatkan jualan paling tinggi antara supermarket di Malaysia pada tahun 2008. Tak cukupkah untuk menggambarkan kuasa membeli Rakyat Kelantan? itu belum diambil kira jumlah jualan TESCo, Billion, The Store dan beberapa lagi supermarket milik rakyat tempatan seperti Pantai Timur, Arena dan sebagainya. Tidak termasuk lagi pasar borong terbesar di Malaysia iaitu Pasar Wakaf Che Yeh yang kini berwajah baru.
Bagi pengetahuan semua, ramai ahli parlimen Kelantan terutamanya dari PAS bukanlah anak Kelantan seperti YB Salahudin Ayub, YB Dr. Hatta dan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa. Ini jelas menolak tuduhan rakyat Kelantan bersifat Primodialisme. Sejarah sejak dari awal telah membuktikannya dengan penerimaan Dr. Burhanudin Helmy oleh rakyat Kelantan walaupun beliau bukan dari Kelantan.
Mungkin di kemudian hari ingin ana kongsikan bersama antum semua keunikan Kelantan. dari aspek sosio-budaya, kraftangan, makanan, politik dan sebagainya.. cukup di sini dahulu.. wallahu'alam
9 comments: on "Budaya Politik Kelantan"
Kenapakah tak diajak sahaja AP atau ADUN daripada Kelantan. Kenapa perlu juga orang luar yang menganalis?
masa aku tengok iklan rancangan ni dah timbul persoalan tuh. Aku bajet ada la orang Kelantan yang jadi panelis. sekali dia bagi MB Pahang. Kena pulak dia ada sejarah yang tidak elok. Hmm..
~~tak mau tubik ke KB, terutama time cuti nih.. nak elak jalan jam...
of cos la dorang bercakap ats pendirian masing-masing,,sepatutnya klo nak bercakap pasal kelantan,perlu ada orang yang tau asal usul kelantan,,atau ambik berat pasal kelantan..ibarat nak bercakap pasal jepun,tapi duk kat afrika..
nak tau,ada kawan saya cakap,dia orang kedah,tetiba dia terfikir,mungkin salah satu faktor kenapa di merata-rata tempat,pasti ramai orang kelantan,xdapat dinafikan lagi,,maybe sebab pemimpin sendiri yang mendoakan kejayaan rakyatnya,dan tampuk kepimpinan.bukankah doa pemimpin yang adil itu dimakbulkan dengan keizinan Allah??dan doa pemimpin untuk rakyat itu afdal..
jazakillah.
To Nipi:
ntah ler... so far kalo TV buat diskusi psl kelate, mesti pggl non-kelantanese yg xtau pape.. ngutuk je la reti.. mbe kite ni cam org asli afrika di mata diorg.. haha.. pggl Dato' Mustapha Mohamad OK lg.. ni pggl adnan yaacob.. eleh.. aku mmg terpaksa g kb sokmo sbb area aku doh.. haha.. jam sokmo.. sakit palo ak la nok beli make gapo..
To Has:
psl org kelantan kuat merantau tu, ada sejarah dan falsafahnya actually... i'll share later.. of coz ada pertalian rapat ngn islam sendiri
ooo cam gitu ke.
cik hasmah... dialektik2.. hehe.. btw, nape x boleh komen lgsg kat ur blog ek?
i think this is really interesting.
Secara overallnya, mereka (pantai barat) skeptikal kepada negeri pantai timur (terutama Kelantan dan Terengganu).
Agak pelik kerana majoriti mereka yang berfikiran sempit ni adalah mereka sendiri yang tak pernah menjejak kaki ke tanah pantai timur. Aneh, mereka boleh ada persepsi begitu.
Sebagai anak Terengganu, saya juga berbangga dengan asal-usul saya (malah selalu mengabaikan susur jalur separuh dari melaka). Saya pernah menulis 2 entry mengenenai negeri saya lama dulu.
http://tganis.blogspot.com/2008/02/negeri-kami-terengganu-darul-iman.html
http://tganis.blogspot.com/2008/12/proud-to-be-terengganuers.html
Tapi, tidak boleh disalahkan pada mereka secara total. Sebenarnya, jika dibaca buku pelancongan Malaysia, negeri kelantan dan terengganu digambarkan begitu primitif.
Apapun, jika perpaduan kaum yang mahu dicari oleh PM, kelantan mahupun terengganu boleh dijadikan contoh negeri perpaduan kerana disinilah boleh dilihat dengan jelas semua kaum boleh berada dalam satu kedai makan, minum bersama dan bercakap dalam loghat yang sama.
:)
p.s: ur writing can b improved by applying the 'academic writing' subject into it.
menarikk,,
tg anis,,yeah,,orang ganu gak..hehe.
kekalkan semangat negeri anda.sbb ada je yang da lupa daratan,cakap ganu pun kena ajuk ngan orang ganu sendiri,,aish,,pe nak jadi.papepun,jgn sampai ada diskriminasi setiap anak negeri sudah..
oowh ye ke faris,kena cuba banyak kali sket kot,,rasanya cam ok je nak leave comment kat my blog.cuba lagi=)
jazakillah.
If I was to apply academic writing, then i nd to write in english... haha.. lama plak x tulis dlm english...
biasala, bila luahan perasaan tu idea tak teratur sikit... sori la, i rarely read ur blog. seldomly write n blog-hopping... so, mcm x dpt catch sgt style org len.. but i do admire your writing... except that very often i dun understand ur point.. haha
setuju dgn point perpaduan kaum tu... bukan senang nak jumpe cina yg tak boleh tido tanpa BUDU kat negeri len... haha
Has, da try kat computer len tp xleh gak... huhu... kat blog org len xde probz pun
Post a Comment