Wednesday, December 2, 2009

Bukan Budak Sekolah Agama

Sekolah Sekular














Saya bukan budak sekolah agama. Saya hanyalah hamba hina dari sekolah sekular. Tak berapa pandai bercakap pasal agama. Tapi sekurang-kurangnya berusaha mendekatiNya. Biar dalam jahil, biar penuh dosa, saya wajib berusaha.

Di sekolah saya, mana ada Syariah, mana ada Bahasa Arab, mana ada baca al-mathurat. Apatah lagi membaca hadis. Solat Dhuha pun tak pernah. Tiada tamrin, tiada tarbiyah. Nak buat usrah dikatakan membuang masa. Baik pergi study. Tapi rupa-rupanya dia pergi bergayut. Pakai kopiah je cikgu marah, pakai songkok boleh pulak. Pakai tudung labuh dipandang enteng, kononnya jumud. Pakai serban pulak nanti ada orang takut mendekati. Apatah lagi memakai serban berwarna hitam yang dikatakan SESAT! Mereka yang melaungkan slogan “Kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah” dikatakan EKSTRIM!

Kadang-kadang menyesal tak masuk sekolah agama. Percuma dapat label “Budak Sekolah Agama”. Boleh belajar agama dengan lebih dalam. Ada tamrin, ada usrah, ada solat secara berjemaah. Ada tasmi’ Al-Quran. Sekolah saya tiada benda-benda macam ni. Entah berapa ramai kawan-kawan sekolah saya dulu tak pernah khatam Al-Quran sampai sekarang. Kahwin nak cepat tapi Al-Fatihah pun tak betul bacaannya. Belum kira lagi yang tidak solat.

Rasa bersyukur tengok adik-adik semua jadi ‘budak sekolah agama’. Nampak jelas perbezaan mereka dengan saya. Adik saya khatam Al-Quran sangat awal. Saya? Lewat sedikit. Keluar dengan berserban dan memakai wangian. Bagi muslimat pula, memakai tudung labuh, tutur kata dan tingkah laku yang sopan. Tidak mengada-ngada dan menggoda. Bukankah lebih menenangkan jiwa dan menyejukkan mata memandang? Sekurang-kurangnya tinggi rasa hormat kita terhadap mereka. Ditambah pula dengan prestasi akademik yang hebat, sangat mengagumkan! Bukan niat saya menyalahkan sekolah saya. Ini memang salah saya. Saya hanya kagum dengan kelebihan yang ‘budak sekolah agama’ dapat dan ‘budak biasa’ macam saya tak dapat.

Tinggi Ilmu Agama



Bila masuk UTP, semua orang memandang tinggi ‘budak sekolah agama’. Semasa pemilihan penghulu dan penghuluwati batch pun, ramai ‘budak sekolah agama’ dicalonkan. Biasalah, bila disebut ‘budak sekolah agama’, pastinya timbul di pundak ini satu figura yang alim, warak, zuhud, wajah yang bersih, tegas, kerap ke masjid, berkopiah bagi muslimin dan bertudung labuh bagi muslimat sebab mereka mendapat ilmu yang lebih sedikit daripada kami ‘budak biasa’. Inilah ciri-ciri pemimpin yang kita mahu. Inilah tanggapan saya dari kecil sehinggalah ada yang memusnahkannya setelah beberapa bulan di UTP.

Bila kita tegur mereka bercouple, mereka kata mereka tahu selok-belok hukum jauh dari kita. Yelah, dah berapa banyak ustaz mereka menadah ilmu berbanding kita. Kita yang dikata jumud. Jadi, siapalah kita nak tegur mereka yang dah baca beratus-ratus kitab fiqah. Bila kita tegur dia pakai seluar pendek, dia kata lutut bukan aurat. Bila kita tegur tudung dia mendedahkan dada, dia kata dah pakai baju cukup lah. Bila kita tegur dia asyik ponteng kelas tanpa sebab, dia cakap pergi kelas bukan faham apa-apa pun. Buang masa je. Baik baca Al-Quran kat bilik. Padahal dia enak je lena atas katil.

Mereka kata lagi, kami ‘budak biasa’ ni tak tahu apa yang mereka lalui. Kata mereka Islam itu bukan pada perbualan kita yang menggunakan ‘enta’/’enti’ atau tudung labuh yang menutup bumi. Masih banyak lagi perkara dalam Islam yang perlu dicermati.  Jadi, kenapa hanya perlu memandang kepada tudung atau seluar pendek? Allah memandang pada hati dan hanya Allah yang layak menghakimi. Jadi kami tak perlu peduli. Kata mereka, kami hanya pandai menghakimi tetapi tidak mahu menyelami. Bahasa Arab pun tak tinggi. Jadi, bawak-bawak la mengaji.

Tok Guru






















Jadi saya pun sedar dan pergi mencari ‘tempat mengaji’. Tok Guru saya cakap, ‘budak sekolah agama’ bukan dipilih masuk sekolah agama kerana akhlak atau ilmunya. Cara pemilihan mereka sama sahaja dengan kita yang masuk sekolah biasa. Yang berbeza adalah keadaan mereka di sekolah agama tu. Maknanya ada je budak ‘grup setan’ masuk sekolah agama. Maka bila diajar dengan cara ‘mengajar malaikat’, memberontak la jadinya. Paling tidak pun mereka hanya akan berlakon menjadi malaikat sehinggalah sekolah tamat. Usai sahaja tamat zaman persekolahan, maka ‘roh’ itu kembali merasuk. 

Tok Guru saya cakap, “budak sekolah agama ni kalau buat dosa, dosa dia akan berganda 2 kali.”

“Kenapa Tok?” Tanya saya.

Tok Guru jawab, “budak sekolah agama ni kan jadi ikutan ramai orang. so bilamana dia buat dosa satu dosa tu akan terkena dirinya sendiri, satu lagi dia menjadi FITNAH pada Agamanya. cube tengok, bila budak sekolah agama buat dosa apa orang cakap? tengok tu budak sekolah agama pun buat jugak benda tu, so aku ni budak biasa je pun kira boleh buat jugak la"

Kesimpulannya, jadi budak sekolah agama memang susah. Ilmu dan amal itu berbeza. Memang sukar menyatukan kedua-duanya. Kenapa? Sebab mereka juga manusia yang bernafsu. Bila-bila masa sahaja nafsu boleh menundukkan iman, mengetepikan ilmu dan menidakkan amal. Iman kan selalu berbolak-balik. Justeru ‘budak sekolah agama’ juga tidak boleh diharap 100%.

Lalu kepada siapa lagi mahu diletakkan tanggungjawab berdakwah ini? Kitalah! Setiap manusia yang melafazkan syahadah itu WAJIB Berdakwah. Tidak kiralah yang berseluar pendek, tidak bertudung hatta yang minum arak atau berzina sekalipun. Firman Allah:

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Al-Imran: 110)

Jadi, marilah sama-sama memperbaiki diri. Walau bagaimanapun, autoriti agama hanya ada pada mereka yang ahli. Bukan anda yang tak tahu Bahasa Arab atau tak pernah bukak kitab. Jadi berhati-hatilah dalam berpendapat.

Faris Al-Muhandisu: Sekadar luahan hati yang sedikit dipengaruhi emosi. Tiada autoriti dan tidak perlu diikuti bagi yang tidak memahami. Harap maklum.






Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

4 comments: on "Bukan Budak Sekolah Agama"

nifi a.k.a beliamuda said...

sungguh malam ini sedikit menggangu emosi. ada juga luahan ditulis panjang seperti ini, tapi jauh sekali pengisian seumpamanya..

esok, keluarlah luahan yang dimaksudkan. mungkin terpakai pada mereka yang tertentu sahaja...

MuhaMmaD said...

mu sedap kali...emo loni..
takpo ris, ak ado..hehe

ps: xjupo KFC ko kb?? mcD???

Fareast Al Muhandisu said...

gapo gak mad.. haha

lamo doh dok g kfc nyo.. McD pulok boikot..

Salam favourite kawe loni.. ngeh3

iloveu said...

SALAM.. MUNGKIN ADA BUDAK/HAMBA ALLAH YANG SEKOLAH AGAMA/PONDOK BERMINAT/BERSTUJU UNTUK BUAT RESEARCH ATAU APA SAJA YANG BERMANFAAT DARI TEORI FORMULA D BAWAH. TEORIFORMULA = A+B+C+D = ANALISIS TEKNIKAL & TAKTIKAL MELABUR DALAM PASARAN SAHAM. A=RAHSIA YG ADA BERSAMA SETIAP KEDATANGAN AWAL MUHARAM PADA HARI YANG BERBEZA. B=KISAH NABI SAW SEWAKTU MIKRAJ MELIHAT 3 SUNGAI D SYURGA , 2 DAPAT D LIHAT D DUNIA. C=KETERANGAN YANG BERBUNYI "ADAKAH KAMU SANGKA GUNUNG-GANANG ITU TETAP? BAHKAN IA BERGERAK" D=RUKUN IMAN 6 PERKARA. (A)ANA PERNAH BACA 1 KITAB LAMA PADA ZAMAN KANAK2 YANG MENERANGKAN BAHAWA PADA SETIAP AWAL MUHARRAM YANG BERBEZA HARI TERDAPAT PERBEZAAN KURNIA PADA SETIAP SEKTOR (B)2 SUNGAI D DUNIA . 1=SUNGAI NIL , 2=SUNGAI FURAT. SUNGAI NIL ADA D SEBUT D ZAMAN NABI YUSUF a.s. , NABI MUSA a.s. & NABI BESAR MUHAMMAD SAW. LAMBANG KEPADA KESUBURAN & KEMAKMURAN. SEMENTARA SUNGAI FURAT ADALAH TEMPAT LAHIRNYA TAMADUN ILMUWAN ISLAM. (C)AYAT YANG BERBUNYI "ADAKAH KAMU SANGKA GUNUNG-GANANG ITU TETAP? BAHKAN IA BERGERAK" APA YANG ANA FAHAM DARI AYAT TERSEBUT ADALAH D DALAM GUNUNG-GANANG TERSEBUT TERDAPAT GALIAN BARHARGA TERMASUKLAH GUNUNG-GANANG D DASAR LAUT. (D)RUKUN LMAN 6 PERKARA. ANA X NAK KOMEN , HABIB SEMUA LEBIH ARIF. E:PEMERHATIAN ANA BERKAITAN PERKARA D ATAS SELAMA LEBIH 10 TAHUN , ANA DAPATI IANYA BENAR ,CUMA ANA X ADA BUAT NOTA , KERANA KURANG ILMU & KURANG SEGALA-GALANYA. DAPAT POST COMMENT NI PON , ANA ANGAP DIRI ANA INI DAH MAJU D SUDUT IT. NAMUN BEGITU SEGALA YANG D ATAS HANYALAH PENDAPAT ANA SAHAJA. KALAU PARA HABIB ADA PENDAPAT YANG LEBIH BAIK ANA TERIMA. F:1 SOALAN ANA KEPADA PARA HABIB , BOLEH D JUAL K FORMULA NI ? KALAU LAKU HABIB JUAL AJA , ADA UNTUNG BANTU UMAT ISLAM & PARA MUALLAF D SELURUH DUNIA , SUPAYA PENGANUT AGAMA LAIN X MEMANDANG BAHAWA MENGANUT AGAMA ISLAM MENJADIKAN MEREKA MISKIN. WASALAM WBT (my_hanif16@yahoo.com)

Post a Comment