Monday, December 29, 2008

Khemah Ibadah 2008: A Review

Assalamualaikum,



Alhamdulillah, at last, the glorius Khemah Ibadah 2008 ended successfully on 25th Dec 2008. Congratulation to the organising committee. Praise be to Allah for granting us this golden opportunity to serve the ummah.
It has been indeed an amazing experience to be part of this occasion as this is where everything begins for most of us, those who are learning and are still pursuing while striving for brighter future. It is inexplicably laudable effort by the organising committee. Praise be to Allah again for granted us with energy, idea and motivation to make this wonderful event a success.



"O ye who believe! If ye will aid (the cause of) Allah, He will aid you, and plant your feet firmly." (Muhammad: 7)



Here is few pictures snapped during the event. Have a look and enjoy it!











read more...

Saturday, December 13, 2008

Jejak-jejak Jahiliyyah



“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala. Di atasnya ada malaikat yang amat kasar lagi keras perlakuannya. Mereka tidak mengingkari Allah apabila disuruh dan mereka tentu melaksanakan apa yang diperintahkan” (At-Tahrim: 6)

Alhamdulillah, lega dan tenang rasanya dapat pulang ke kampong setelah lama berjuang menuntut ilmu di kampus tercinta, UTP. Cuti semester memanglah agak lama iaitu hampir 2 bulan. Namun, disebabkan beberapa tugas penting, cuti terpaksa dipendekkan selama 2 minggu sahaja. Aku tetap bersyukur kerana masih dikurniakan waktu untuk bersua dengan keluarga. Itu sudah cukup berharga bagiku kerana sememangnya semakin kita dewasa, semakin banyak tanggungjawab dan pastinya waktu makin menghimpit. Sifir alam memang begitu.

Kelantan sudah banyak berubah sejak aku mula-mula berpindah ke sini 13 tahun lalu. Perubahan yang paling ketara adalah dari segi fizikal. Dahulu, tidak pernah terlintas di benakku bahawa jalan-jalan di Kota Bharu mengalami kesesakan yang teruk sebagaimana KL. Jalan-jalan walaupun di pusat bandar agak lengang. Namun, beberapa tahun kebelakangan ini ia ternyata berlaku. Kadang-kadang naik geram juga ketika memandu. Alhamdulillah tidak seteruk KL disebabkan kecekapan pihak kerajaan membina jalan-jalan baru dan melebarkan jalan di tempat-tempat yang strategik. Kini juga sudah terbina beberapa pusat membeli-belah yang besar di Kota Bharu seperti KB Mall(terbesar di pantai timur), Billion, Tesco, Giant(under construction) dan banyak lagi. Pertengahan 90an dahulu, The Store adalah pusat membeli-belah terbesar di Kelantan.

Pendek kata, macam-macam ada!

Malang sekali, aku lihat ada kelompongan melata. Kegersangan, kekeringan, kusam. Ya! Rumput masih hijau dan langit masih biru(tiada kena-mengena dengan politik). Tetapi entah kenapa warna-warna itu seolah-olah pudar. Pudar kerana jejak-jejak JAHILIYYAH kian menapak di jiwa warganya!

Sepatutnya aku gembira dengan kepulangan ke negeri tempat lahirku ini. Setelah bertahun-tahun menuntut ilmu dalam sistem yang mengetepikan akidah, aku seharusnya bahagia pulang ke negeri serambi mekah ini yang pemerintahnya ulama’ tersohor. Jangan marah. Baca dulu kisahku ini.

Kisah 1

Aku pergi ke KB Mall pada hari sabtu. Hari yang paling sesak di bandar Kota Bharu. Masuk sahaja ke dalam, aku lihat sekumpulan perempuan seramai 3 orang berpakaian ala-ala gothik dengan pakaian serba hitam dan rambut berwarna-warni serta mencancang. Adikku kata, mereka ni ‘budak Indie’. Oh, mungkin sedikit sahaja golongan ini. Menyusur ke dalam, terkejut aku melihat betapa ramai budak-budak Indie ini berkumpul di ruang tengah KB Mall. MasyaAllah!! Mereka menjerit-jerit, tergelak-gelak seperti syaitan. Orang ramai yang lalu-lalang menjeling kepada mereka. Di manakah hilang malu mereka ni? Daripada saiz badan dan gaya percakapan, mereka ni lebih kurang lepasan UPSR atau PMR. Muda daripadaku yang pastinya. Kemudian, setelah berjaya ‘menjelajah’ 80% pasaraya ini, lebih ramai golongan Indie yang aku temui. Paling mengecewakan, sukar untuk berjumpa lelaki apatah lagi perempuan yang memakai pakaian yang islamik! Astaghfirullah. Setiap kali bertemu wanita yang berpakaian menutup aurat dengan sempurna dan lelaki yang berpakaian kemas dan memakai kopiah, betapa bersyukurnya aku kerana rupa-rupanya masih ada lagi manusia yang patuh pada syariat Allah dan mengikut Sunnah Rasulullah. Pandangan sebegini sememangnya biasa di KL, Ipoh atau Penang. Namun, tidak pernah aku melihat pemandangan sebegini di Kelantan. Dahulu, Non-Muslim pun ‘tutup aurat’ kecuali rambut. Tapi sekarang, kalau Muslim pun dah berani buka situ buka sini, Non-Muslim macam mana? Bayangkan, di depan sebuah kedai yang menjual pakaian islamik, penjualnya memakai purdah, di pintu kedai terletak stiker ‘Kota Bharu Bandaraya Islam’, menjadi tempat berkumpulnya anak-anak yang berjiwa kosong ini. Malu! Inikah yang anda kata KEMAJUAN? BODOH!! Ini semua JAHILIYYAH!

“Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya) kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudungnya ke dadanya……” (An-Nur: 31)

Kisah 2

Aku pulang ke kampung nenekku di Tanah Merah. Aku tinggal di sini lebih kurang 4 tahun selepas berpindah dari Selangor. Dulu, desa ini amat permai. Udaranya bersih, orangnya pun baik-baik. Teringat zaman kecilku waktu aku selalu bermain di padang. Macam-macam aku main dengan geng-geng aku. Bola lisut, tengteng dan banyak lagi. Seronok! Kami memang nakal tetapi kami masih menghormati orang tua dan tahu adat. Sekarang desa ini pun sudah berubah wajah. Terkejut aku melihat budak semuda 5 tahun sudah pandai menghisap rokok. Mat rempit pun berlambak-lambak. Kanak-kanak sudah jadi semakin kurang ajar. ‘Couple’ yang hampir mustahil untuk dilihat di desa ini dulu, kini satu pemandangan biasa. Ini tak dicampur lagi dengan gaya pakaian yang ‘tak cukup kain’. Apa yang bagus sangat dengan pakaian begitu? Ikut trend? Nak maju? Nak moden? Cis! Itu bukan maju. Itu JAHILIYYAH! Tak mungkin ibu bapa mereka tidak tahu perangai anak-anak mereka ini.

“Dan hendaklah takut (kepada Allah) orang-orang yang sekiranya mereka meninggalkan zuriat yang lemah di belakang mereka yangmereka khuatir terhadap kesejahteraannya. Oleh sebab itu, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah, dan hendaklah mereka berbicara dengan tutur kata yang benar.” (An-Nisa’: 9)

Maaf, sememangnya aku kecewa kemajuan material yang masuk telah memundurkan jiwa masyarakat. Aku malu. Malu dengan JAHILIYYAH yang semakin menjalar dalam jiwa masyarakat. Aku tahu ramai anak-anak Kelantan di dalam mahupun di luar negeri mengikuti perjuangan jemaah Islamiah. Tapi lihatlah dunia sahabat-sahabat. Renunglah realitinya. Sesungguhnya, Allah telah menurunkan ujian ini kepada kita. Tak jauh pun. Dekat sahaja. Mungkin di sekitar rumah kita, mungkin jiran-jiran kita atau mungkin adik-adik kita sendiri. Marilah sahabat-sahabat, kita berusaha mendekati jiwa-jiwa yang kosong dan gersang ini.

“Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri” (H.R Bukhari dan Muslim)

read more...

Thursday, December 11, 2008

Rezeki Aidiladha

Ini gambar keluarga besar kami ketika hari raya Aidiladha 2008, 8/12/2008, Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan



Duduk di atas kerusi 2 dari kanan ialah Prof Dr. Aini Idris, iaitu mak saudaraku.



Jadi, apa yang signifikan sangat dengan dia?



Sila baca keratan akhbar di bawah:

Ketua Setiausaha KDN ketuai penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor

SHAH ALAM, 10 Dis — Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengetuai senarai 95 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan ke-63 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok.

Abdul Aziz menerima Darjah Kelas Pertama — Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran “Datuk Seri”. Istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang.

Turut menerima darjah kebesaran SPMS ialah bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana (B) Tan Sri K.Thanabalasingam.

Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Low Siew Moi dan penerbit serta pengarah filem Shuhaimi Baba, pula masing-masing menerima darjah kebesaran Datuk Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran “Datuk” bagi penerima lelaki dan “Datin Paduka” bagi penerima wanita.

Bagi Darjah Kebesaran Datuk Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) yang membawa gelaran “Datuk Setia”, penerimanya ialah Ahli Dewan Diraja Selangor, Datuk Abdul Halim Abdul Rauf yang juga bekas setiausaha kerajaan negeri Selangor dan bekas ketua pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

Seramai 11 penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran “Datuk” bagi lelaki dan “Datin Paduka” bagi wanita, iaitu kerabat Diraja Selangor Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, Duta Besar Malaysia ke Equador dan Colombia Datin Rashidah Ramli dan Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Profesor Emeritus Siti Zurina Abdul Majid.

Tujuh lagi penerima DPMS ialah Ketua Staf merangkap Panglima Pendidikan dan Latihan, Markas Pendidikan dan Latihan TLDM Laksamana Muda Musa Omar, Dekan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Abang Abdullah Abang Mohamed Ali, Pengarah Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Yap Kin Sian, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor Abd Nasir Hassan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Zainal Abidin Azim, Pegawai Daerah Petaling Zulkepli Ahmad dan Pengarah Urusan Satay Kajang Haji Samuri Sdn Bhd, Samuri Juraimi.

Bagi penerima DSIS, selain Low dan Shuhaimi, sembilan lagi penerima bagi darjah kebesaran itu ialah bekas Timbalan Pendakwa Raya yang kini seorang peguam Salehuddin Saidin, Orang Besar Daerah Hulu Selangor Aman Shah Mohd Shahar, Dang Seri Puri, Raja Marthiah Raja Amran yang telah berkhidmat di istana selama 40 tahun dan Asisten Ketua Staf Bahagian Komunikasi dan Elektronik, Markas Angkatan Tentera, TLDM, Laksamana Pertama Nasaruddin Othman.

Turut tersenarai ialah Pengerusi Sarmid Holdings Malaysia Sdn Bhd Datuk Sarip Hamid, Pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr Hailani Muji Tahir, Brigedier Operasi, Markas Angkatan Bersama, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Angkatan Tentera Malaysia Brigedier Jeneral Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr Aini Ideris dan pakar bedah surgeri Ortopedik, Pusat Perubatan Subang Jaya Dr Anuar Onah.

Seramai 14 orang pula menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS) iaitu Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia Datin Dr Nooral Zeila Junid, Hakim Kanan Mahkamah Sesyen, Mahkamah Sesyen/Majistret Shah Alam M.Gunalan, Pengarah Penilaian Selangor, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Selangor Dr Rahah Ismail, Ketua Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Muhammad Arif Mohd. Hashim, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Kontinjen Selangor, Polis Diraja Malaysia ACP Omar Mammah dan Bendahari Negeri Selangor, Pejabat Perbendaharaan Selangor Saat Esa.

Turut tersenarai ialah Pegawai Daerah Hulu Selangor Nor Hisham Ahmad Dahlan, Pegawai Daerah Kuala Selangor Mohd Misri Idris, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Aluwi Parman, Penolong Kanan Pesuruhjaya II, Badan Pencegahan Rasuah Selangor (BPR) Hishamuddin Hashim, Pengarah Operasi, Cawangan Operasi dan Latihan Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan Kolonel Mohd Azmi Borhan, Ketua Pengarah Hidrografi, Pusat Hidrografi Nasional, TLDM, Kapten Sahak Omar, Pengarah Hidrografi, Pusat Hidrografi Nasional, TLDM, Kapten Zaaim Hassan dan Pegawai Memerintah Merangkap Pegawai Kanan Armada, TLDM, Kapten N.Ganesh.

Pemain boling negara Shalin Zulkifli pula menerima darjah kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) dan Pengarah Jabatan Penerangan Selangor Saptuyah Senson menerima darjah kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS).

Selain Shalin dan Saptuyah, seramai 11 orang menerima darjah kebesaran SIS, 18 orang menerima darjah kebesaran AMS, 18 lagi menerima darjah kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS) dan tujuh dianugerah Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC). - Bernama.

Untuk artikel asal, sila klik di sini

Bangga mempunyai ahli keluarga yang amat berjaya dalam bidang akademik. Aku berazam untuk menjadi sebegitu malah lebih hebat agar dapat ku sumbangkan sesuatu terhadap terhadap pembangunan umat Islam tercinta. InsyaAllah!



"... dan Dia menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan... " (Al-Hadid: 28)



"... hamba-hamba Allah yang takut kepadaNya hanyalah orang-orang yang berilmu... " (Al-Fathir: 28)




"Orang yang cerdik adalah orang yang mampu mengendalikan hawa nafsunya dan berbuat untuk kehidupan selepas mati, sedang orang yang bodoh ialah orang yang memperturutkan hawa nafsunya dan banyak berangan-angan yang bukan-bukan kepada Allah" (Al-Hadith)





read more...

Friday, December 5, 2008

Kisah Nabi: Nabi Ismail Sebagai Qurban



Assalamualaikum, Sempena Hari Raya AidilAdha tidak lama lagi, suka ana berkongsi kisah Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail A.S. Kisah ini sudah biasa diceritakan di mana-mana. Aalakulli hal, ana mahu kongsi juga. Moga-moga dapat dihayati oleh sekalian pembaca.



Nabi Ibrahim dari masa ke semasa pergi ke Makkah untuk mengunjungi dan menjenguk Ismail di tempat pengasingannya bagi menghilangkan rasa rindu hatinya kepada puteranya yang ia sayangi serta menenangkan hatinya yang selalu rungsing bila mengenangkan keadaan puteranya bersama ibunya yang ditinggalkan di tempat yang tandus, jauh dari masyarakat kota dan pengaulan umum.

Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahwa ia harus menyembelih Ismail puteranya. Dan mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah , maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim. Ia duduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang ia hadapi. Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan ,seorang putera yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah , seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa oelh tangan si ayah sendiri.

Namun ia sebagai seorang Nabi, pesuruh Allah dan pembawa agama yang seharusnya menjadi contoh dan teladan bagi para pengikutnya dalam bertaat kepada Allah ,menjalankan segala perintah-Nya dan menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak, isteri, harta benda dan lain-lain. Ia harus melaksanakan perintah Allah yang diwahyukan melalui mimpinya, apa pun yang akan terjadi sebagai akibat pelaksanaan perintah itu.

Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:" Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya." Nabi Ibrahim tidak membuang masa lagi, berazam {niat} tetap akan menyembelih Nabi Ismail puteranya sebagai qurban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya.Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim menuju ke Makkah untuk menemui dan menyampaikan kepada puteranya apa yang Allah perintahkan.

Nabi Ismail sebagai anak yang soleh yang sgt taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya:" Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu , agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya."Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata:" Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah."

Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata nabi Ibrahim yang tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.

Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahwa perintah pergorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan pergorbanan puteranya. untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bahwa parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya:" Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku karena melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku."Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.

Dalam keadaan bingung dan sedih hati, karena gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya:" Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah Kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikkan ."Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa Ismail telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor kambing yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kambing itu oleh beliau dengan parang yang tumpul di leher puteranya Ismail itu. Dan inilah asal permulaan sunnah berqurban yang dilakukan oleh umat Islam pada tiap hari raya Aidiladha di seluruh pelosok dunia.



read more...

Tuesday, November 18, 2008

Khemah Ibadah Musim Cuti Sekolah 2008

Alhamdulillah.
Buat julung-julung kalinya semenjak penubuhan UTP dan Rakan Masjid, semester ini insya Allah akan diadakan satu khemah ibadah semasa cuti sekolah pada 21-25 Disember ini.

Fokus khemah ibadah ini ialah untuk membina kesedaran peserta dan ajk untuk berubah menjadi muslim yang sejati dengan penekanan kepada aspek ibadah, akhlak dan muamalat.

Bertempat di Universiti Teknologi PETRONAS dan dibimbing oleh mahasiswa/i UTP sendiri, program ini Insya Allah bakal menghasilkan produk yang akan lebih bermotivasi untuk menuntut ilmu.

Bayaran yang dikenakan hanyalah sebanyak RM 100 sahaja untuk 5 hari/ 4 malam .Satu pelaburan yang amat berbaloi!!! Yuran ini amatlah murah jika dibandingkan dengan kos sebenar makan/minum, penginapan , peralatan, penceramah dan lain2. Ini disebabkan kerana pihak penganjur iaitu Unit Pentadbiran Masjid UTP dan Rakan Masjid UTP berhasrat ingin menjadikan program ini sebagai progam kebajikan dan bukannya sebagai projek mencari keuntungan.

Sehubungan dengan itu, sebanyak 50 tempat khas telah disediakan khusus untuk anak2 yatim sekitar perak yang terpilih dan tiada sebarang bayaran dikenakan untuk mereka. Tawaran dibuka kepada mana-mana individu untuk menampung perbelanjaan anak yatim2 tersebut sebanyak RM 100 satu individu.

Walaubagaimanapun, tawaran ini hanya dibuka kepada 300 orang peserta sahaja. Umur peserta hendaklah dalam lingkungan 10 -15 tahun. Setakat ini, sudah hampir seratus penyertaan diterima (tidak termasuk 50 orang anak yatim) walaupun hanya baru beberapa hari promosi dijalankan. Semua sekolah sekitar daerah Perak Tengah sudah dihebahkan dan iklan pun sudah diwar-warkan di Radio Perak. Bahkan, ada lebih kurang 5-10 orang peserta luar Perak seperti Selangor dan Pulau Pinang sudah pun mendaftarkan diri.

Mudah-mudahan program khemah ibadah ini dapat melahirkan anak2 yang super soleh dan super muslim. Amin.

Jika ada sebarang pihak berminat untuk "sponsor" anak yatim, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi individu-individu ini:


Unit Pentadbiran Masjid UTP :

Ustaz Dawi Cahyono Nurdin (012-589 6033)
Ustaz Rahmat Abu Seman (016 - 422 1418)
Ustaz Zuriat Omat (013-440 7678

Rakan Masjid UTP :

Presiden : Mohd Hakim Mohd Nor (019 - 4504 360)
Pengarah : Wan Abdul Muid (019- 522 9727)


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk poster di bawah

p/s: kalau ada adik, sepupu, anak saudara, kawan yang dalam lingkungan umur ini, hebah2kanlah ye... selagi tempat masih ada.... (^_^)v
read more...