Wednesday, July 15, 2009

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-52



“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (Al-Imran: 103)

Begitulah mafhum ayat yang dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yasin dalam ucapan perasmian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-52 di Dewan Canselor Universiti Teknologi PETRONAS semalam. Ayat ini merupakan teras kepada tema Tilawah kali ini iaitu ‘Wahdah Pemangkin Khaira Ummah’. Jelas sekali tema ini tampil dengan mesej perpaduan yang kukuh dalam kalangan umat Islam ke arah kemajuan.

Majlis Tilawah menampilkan keunikannya yang tersendiri. Dimulakan dengan pembacaan Al-Quran oleh 3 orang yang cacat penglihatan menggunakan Al-Quran Braille. Sejenak kagum melihat mereka yang kurang upaya mampu membaca Al-Quran dengan cukup baik setaraf dengan mereka yang sempurna jasad mahupun akal. Kagum juga melihat gaya ‘Menteri Besar’ Perak yang berucap dengan karisma sebagai seorang ustaz buat pertama kalinya dengan doa pembukaan yang agak panjang dan bacaan beberapa potong ayat suci Al-Quran. Hal yang sama dilihat pada YAB Timbalan Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, satu usaha yang baik. Syabas diucapkan.

Dato' Dr. Zambry sedang berucap

Ucapan Tan Sri Muhyidin Yasin

Ketika slot gimik, majlis telah menampilkan seorang kanak-kanak buta berusia 11 tahun berasal dari Kelantan membaca Al-Quran Braille secara bertarannum. Subhanallah, terpacul secara spontan dari lidah ini. Bacaannya cukup menggetarkan jiwa. Jauh lebih hebat daripada suara Agnes Monica ketika menyanyikan lagu ‘Matahariku’. Hampir menitis airmata mendengar bacaannya walaupun tidak sampai 5 minit. Sungguh menginsafkan saya kira bukan diri saya sahaja, malah penonton lain yang menyaksikannya secara ‘LIVE’ mahupun dari kaca TV.

Qari cilik yang buta... bacaan yang mengujakan

Terkenang diri ini ketika usia 11 tahun yang masih merangkak membaca Al-Quran. Suka untuk saya berkongsi sedikit pengalaman ketika menjadi fasilitator Program Khemah Ibadah sekitar akhir tahun 2008 yang disertai oleh pelajar berusia 7-15 tahun. Terdapat satu slot peserta diajar untuk menghafaz Al-Quran dengan cara yang betul. Saya telah diminta oleh seorang fasilitator untuk mengendalikan sekumpulan pelajar yang langsung tiada asas dalam membaca Al-Quran berusia 11 hingga 14 tahun iaitu sebaya dengan qari cilik dalam gambar di atas. Bayangkan mereka langsung tidak tahu huruf-huruf hija'iyyah. Apatah lagi membaca Al-Quran. Pada awalnya saya agak marah. Namun, saya cuba redakan emosi dan menyelami kehidupan mereka satu-persatu. Kebanyakan mereka adalah anak yatim dari sebuah rumah anak yatim di Perak. Selebihnya tinggal bersama ibu bapa masing-masing di rumah dalam keadaan yang mewah. Rumah anak yatim tersebut tidak pernah menyediakan pengajian Al-Quran kepada penghuninya melainkan kepada penghuni yang agak 'senior'. Manakala peserta-peserta yang lebih bernasib baik tadi tidak pernah didedahkan dengan Al-Quran di rumah dan hanya sedikit penekanan di sekolah melalui kelas KAFA dan sebagainya. Mungkin mana-mana badan yang berkemampuan di IPT-IPT sekitar Perak boleh menghulurkan bantuan untuk mengajar Al-Quran kepada anak-anak yatim ini.

Itulah realiti dunia sahabat-sahabat. Lebih sedih apabila mengenangkan ramai sahabat di UTP mahupun di luar sana yang masih tidak mampu ataupun tidak mahu membaca Al-Quran. Al-Quran hanya disentuh mungkin sekali sahaja seumur hidup. Itupun ketika ibu bapa sedang nazak. Maka merangkaklah kita mencari surah Yasin. Mungkin juga seumur hidupnya hanya tahu membaca Al-Fatihah dan surah Yasin kerana dipelajari sewaktu Datuk ataupun nenek meninggal. Lebih malang lagi apabila lagu-lagu tidak bermoral diberi prioriti lebih daripada Al-Quran. Maka apakah nilai kalamullah ini di sisi mereka? Apakah nilai kalamullah di sisi kita?

“Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah Kitab (Al Quran) kepada mereka yang Kami telah menjelaskannya atas dasar pengetahuan Kami; menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Al-A’raaf: 52)

Justeru, saya menyeru sahabat-sahabat untuk sama-sama mendalami Al-Quran bukan sahaja dari aspek tajwid atau tarannum, malah yang jauh lebih penting adalah intipati Al-Quran itu sendiri.

“…Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.” (Az-Zumar: 9)

Al-Quran Braille

Marilah sama-sama kita menghayati bacaan yang diperdengarkan oleh qari-qari dan qariah-qariah yang hebat-hebat belaka di Dewan Canselor, UTP secara 'LIVE'. Jika tidak mampu, tontonilah TV1 setiap malam sehingga 19 Julai mahupun melalui radio IKIM.fm dan Klasik.fm. Tapi bila tengok LIVE ni, 'feel' dia lebih sikit... hehe..

Wallahua'lam

Nota: 1st time chancellor hall penuh dan melimpah ke luar.... huhuh


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

5 comments: on "Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-52"

nur akmal said...

subhanallah.... nmpaknya, sy hnya mampu mndgr di radio IKIM secara online shj... ya Allah, ruginya tk dpt tgk live. lgpn tgh exam... tk brapa smpat sgt.

bstnya, Tilawah al-quran berkunjung tiba lg. alhmdllh krna Allah masih lg mmberi izinNya ke ats mjlis2 ilmu ini... Subhanallah...

"Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat."
(surah al-a'raaf; ayat 204)

tahniah bt stdnt UTP sbb bksmpatn tgk scra Live.... hayati baik2!!!

FaReAsT AL-MuHAnDIsU said...

xpe2, baca sendiri pun lagi bagus kan... huhu

Wan Pai said...

agak ramai org..xleh tgk pn ms hr first,juz dgr dr lua ja..hr2 laen pn kna mnunggu gak kjap br ad tmpat duduk...

nur akmal said...

memang mmbc sendiri lg bagus. br dpt feel sbnr. seolah2 Maha Kuasa sendiri yg memberi pesanan dan menceritakan apa yg ad dlm ayat suci itu.... betapa tenangnya membc dn memahami ayat itu....
subhanallah!!~

FaReAsT AL-MuHAnDIsU said...

Td last participant... esok dah closing... bapak r, memang penuh sampai ke luar... even kat undercroft n kat tepi dewan yg dia project video pun penuh... 1st time chancellor hall penuh sampai tahap tu.. huhu

Post a Comment